Sang Kancil Dengan Buaya Pada suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia ternampak akan pepohon buah-buahan yang rimbun merendang di seberang sungai. "Alangkah nikmatnya jika aku dapat merasai buah-buahan itu", fikirnya sendiri "Tetapi, bagaimana aku hendak menyeberang ke sana, aku bukannya pandai berenang", timbul sedikit keraguan dalam dirinya. Setelah mundar mandir memikirkan cara untuk menyeberang sungai itu, timbul satu idea untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. "Nasib baik aku dikurniakan akal yang bijak", katanya sendirian sambil berlari ke tebing sungai untuk menjalankan misinya. "Sang Bedal, ooo, Sang Bedal!", panggil Sang Kancil. Tiba-tiba muncul ketua buaya-buaya di sungai itu. Dengan bengisnya dia berkata "Apa kau mahu Kancil?", sambil matanya meliar memerhatikan tubuh Sang Kancil "Alangkah enaknya kalau diratah kancil ni", fikirny...